Inovasi Model HyFlex UPM raih Anugerah Pembentang Terbaik di Persidangan ASAIHL 2026
Inovasi pendidikan tinggi yang dibangunkan oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Pensyarah Kanan, Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Dr. Nur Atirah Kamaruzaman, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Best Presenter pada Asian Lifelong Learning Conference (ASAIHL) 2026 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.